Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 KURSUS PENINGKATAN Lebih 19,000 berjaya mendapat pekerjaan menerusi Spur

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

KURSUS PENINGKATAN  Lebih 19,000 berjaya mendapat pekerjaan menerusi Spur Empty
PostSubject: KURSUS PENINGKATAN Lebih 19,000 berjaya mendapat pekerjaan menerusi Spur   KURSUS PENINGKATAN  Lebih 19,000 berjaya mendapat pekerjaan menerusi Spur EmptySat Jul 04, 2009 12:59 pm

Oleh
Shamsul Jangarodin

SERAMAI 124,500 orang telah mendaftarkan diri bagi Program Kemahiran bagi Peningkatan dan Ketahanan (Spur) sejak ia diperkenalkan enam bulan lalu.

Daripada jumlah itu, 83,500 merupakan pekerja yang dihantar 1,800 majikan bagi menjalani kursus peningkatan manakala baki 40,600 peserta telah mendaftar sendiri di pusat-pusat Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) serta politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) setempat.

Sejauh ini hampir 60 peratus jumlah yang mendaftarkan diri telah pun memulakan atau sudah tamat jalani latihan.

Golongan pelatih ini rata-rata menghadiri kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dan Sistem Kemahiran Bekerja (ESS).

Mendedahkan perangkaan baru program yang dibentang pemerintah 1 Disember lalu itu, di sidang media bersama Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja (WDA), Ketua Eksekutif WDA, Encik Chan Heng Kee, berkata lebih 19,000 orang telah mendapat pekerjaan menerusi Spur.

Beliau menambah, golongan pekerja baru ini mendapat pekerjaan dengan kerjasama WDA, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), majlis pembangunan masyarakat (CDC) dan pusat-pusat CET.

Sekitar 75 peratus daripada mereka merupakan pekerja berkemahiran rendah manakala bakinya, golongan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).

'Tinjauan tiga pihak pada Mac lalu mendedahkan, enam daripada 10 syarikat telah menundakan atau mengurangkan pembuangan kerja menerusi Spur, Kredit Pekerjaan dan langkah-langkah kegawatan lain,' kata Encik Chan.

MOM dan WDA juga berkata sektor yang terjejas dengan kegawatan ekonomi memberi sambutan baik kepada Spur.

Syarikat kecil dan sederhana (SME) juga didapati memanfaatkan Spur dengan hampir dua pertiga daripada 1,800 syarikat yang mendaftarkan diri merupakan syarikat kecil, dengan kakitangan kurang 200 orang.

Sejauh ini, sebanyak $210 juta daripada $650 juta yang diketepikan pemerintah untuk Spur telah digunakan.

Mengulas tentang laporan terkini Spur itu, Menteri Tenaga Manusia, Encik Gan Kim Yong, yang mempengerusikan sidang media tersebut berkata Spur merupakan alat berguna dalam mengekalkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pembuangan kerja.

'Namun begitu, kami masih mengalu-alukan lebih banyak majikan memanfaatkan Spur kerana keadaan ekonomi masih belum stabil,' kata Encik Gan.

Bagi membuka peluang kepada siswazah institusi pengajian tinggi dan PMET yang diberhentikan kerja, Program Kemahiran Profesional untuk Pelatih (PSPT), yang diumumkan Mei lalu, kini menawarkan 1,200 jawatan daripada 100 syarikat sektor elektronik, perbankan, kewangan dan infokom.

Sehingga Mei lalu, sekitar 36,000 PMET telah mendaftarkan diri dengan Program Kemahiran Profesional (PSP) dan 650 kini sedang menjalani latihan Program Penukaran Kerjaya (PCP).

Bagi bekas pegawai teknikal, Encik Mohd Farid Jaafar, keinginan beliau bertukar kerjaya bagi mendapatkan pekerjaan dengan prospek lebih cerah telah membuat beliau menyertai PCP bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Februari lalu.

'Industri Kesihatan, Keselamatan dan Sekitaran (HSE) merupakan industri yang pesat berkembang dan saya ingin menjamin kerjaya dalam sektor ini,' jelas pemuda berusia 34 tahun yang belum berumah tangga itu.

study
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
KURSUS PENINGKATAN Lebih 19,000 berjaya mendapat pekerjaan menerusi Spur
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Topik tentang pekerjaan
» peningkatan kos perumahan rakyat
» Penganut Islam Lebih Mudah Menerima Adanya UFO dan Alien
» Transfer factor mampu membina kesihatan anda yang lebih baik!
» 7 perkara yang menghairankan yang menjadikan anda hidup lebih lama

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Berita dalam negeri-
Jump to: