Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Pasukan polis dan SCDF diserang

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Pasukan polis dan SCDF diserang Empty
PostSubject: Pasukan polis dan SCDF diserang   Pasukan polis dan SCDF diserang EmptyWed Dec 11, 2013 12:34 am

Pasukan polis dan SCDF diserang BH_20131210_RIOT67LD_869816


PUNCANYA hanya disebabkan seorang pekerja asing India yang ingin menaiki bas untuk pulang ke dormitorinya.

Namun, keadaan mula menjadi kucar-kacir dan meledak sehingga rusuhan berlaku di Race Course Road kelmarin.

Menjelaskan kejadian yang berlaku itu, pihak polis dalam satu sidang akhbar semalam berkata mereka menerima panggilan mengenai satu kemalangan dekat simpang antara Race Course Road dan Hampshire Road sekitar 9.23 malam.

Kemalangan itu melibatkan sebuah bas privet dan lelaki warga India berusia 33 tahun, Encik Sakthivel Kumaravelu.

Semuanya bermula apabila Encik Kumaravelu menaiki bas di Tekka Lane, yang telah dipenuhi pekerja asing lain untuk pulang ke dormitori di Jalan Papan. Namun seorang wanita warga Singapura berusia 38 tahun, yang bertugas sebagai pencatat masa, kemudian memanggilnya, namun beliau didapati berada dalam keadaan mabuk.

Malah, polis berkata Encik Kumaravelu kemudian mula membuat kacau dan pada satu ketika, juga membuka seluarnya.

Encik Kumaravelu kemudian turun daripada bas tersebut dan dilanggar bas itu yang sedang membelok ke kiri. Dianggarkan, seramai 100 orang mengelilingi tempat kemalangan apabila ia berlaku.

Tidak lama kemudian, kereta ronda polis dan ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba untuk menghulur bantuan kepada mangsa yang terperangkap di bawah bas pada 9.40 malam.

Namun orang ramai di sekeliling mula mengganas dan menyerang bas terbabit serta penyelamat SCDF ketika usaha mengeluarkan tubuh mangsa dari bawah bas sedang dijalankan pada 10 malam.

Pegawai polis dan SCDF terpaksa menjadikan diri mereka sebagai benteng bagi membolehkan operasi menyelamatkan mangsa dilaksanakan. Perusuh kemudian mula menyerang bas dengan melempar botol dan tong sampah ke arah bas tersebut.

Keadaan dengan pantas menjadi tidak terkawal apabila perusuh mula menyerang kereta polis, ambulans dan bomba yang datang untuk menghulur bantuan.

Perusuh, yang ketika itu telah bertambah kepada seramai 400 orang, semakin mengganas.

Mereka membaling batu, tong sampah, tiang dan botol arak ke arah kenderaan-kenderaan kecemasan dan juga bas yang terlibat dalam kemalangan itu.

Dengan keadaan semakin mengancam, 320 pegawai polis, termasuk pegawai Kontinjen Gurkha dan Komand Operasi Khas (SOC) lengkap dengan peralatan antirusuhan, dikerahkan ke tempat kejadian. Mereka tiba pada 10.30 malam akibat kesesakan lalu lintas.

Dengan kehadiran SOC dan Kontinjen Gurkha itu, perusuh mula bertempiaran melarikan diri dan keadaan di situ berjaya dikawal pada 11.30 malam tanpa menggunakan senjata api.

Diminta mengulas, polis berkata mereka tidak menggunakan senjata api kerana tujuan mereka untuk memecahkan kumpulan perusuh itu dan menghindari daripada memburukkan lagi keadaan.

Secara keseluruhan, 22 pegawai polis, 12 pegawai SCDF dan lima polis auksiliari mengalami kecederaan. Sebanyak 25 kenderaan - 16 kenderaan polis dan sembilan kenderaan SCDF - juga dilaporkan rosak, dengan lima kenderaan dibakar perusuh.

Sementara itu, pemandu bas berusia 55 tahun yang melanggar Encik Kumaravelu juga telah diberkas polis kerana disyaki menyebabkan kematian akibat kecuaian.
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Pasukan polis dan SCDF diserang
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Johor Baru polis membentuk pasukan khas untuk menyiasat penculikan

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Berita dalam negeri-
Jump to: