Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 Motosikal 'cari makanan

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

Motosikal 'cari makanan Empty
PostSubject: Motosikal 'cari makanan   Motosikal 'cari makanan EmptySun Aug 05, 2012 12:56 am

Motosikal 'cari makanan BH_20120804_MFVROOM04PZXU_93762


KEMERIAHAN di kawasan Geylang Serai amat ketara setiap kali muncul Ramadan. Malah keadaan menjadi lebih riuh setiap hujung minggu dalam bulan penuh mulia ini.

Maklumlah apabila timbul sahaja Ramadan, kita dapat lihat ribuan gerai yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan serta minuman.

Senang kata, peniaga musiman akan muncul bak cendawan. Saya masih ingat kisah lama semasa kecil apabila bapa saya gemar berniaga di Geylang Serai setiap kali Ramadan menjelang. Tapi dahulu tidak seperti hari ini.

ga musiman yang menggunakan motosikal untuk berniaga. Antaranya termasuklah bapa saya sendiri.

Masih jelas di ingatan saya bagaimana motosikalnya diletak berdekatan tumpuan orang lalu-lalang dan kemudian kotak motosikalnya dibuka untuk mempamerkan barangan jualannya.

Sekeping kertas akan dilampirkan di atas kotak motosikalnya untuk menarik minat para pelanggan.

Bermacam-macam jualan yang diusahakan bapa saya. Ini termasuklah tapai ubi, ulam-ulaman dan sayursayuran. Sifat suka berniaga kecil-kecilan memang ada dalam diri beliau semenjak kecil.

Ketika beliau masih berkhidmat dalam askar, beliau berniaga nasi lemak dan epok-epok di luar kem juga dengan menggunakan motosikalnya.

Sifat suka berniaga bapa saya, telah saya warisi juga.

Semasa saya masih belajar di Institut Pendidikan Nasional (NIE), saya meniaga epok-epok di kampus dengan menggunakan motosikal.

Setiap pagi, sekotak epok-epok saya susun rapi dan kemudian saya ikat di tempat duduk belakang motosikal. Sebelum kelas bermula, biasanya epok-epok sudah laris terjual di tempat meletak kenderaan kampus NIE Townsville STP.

Betapa indah kenangan lama itu.

Bezanya kini keadaan sedemikian tidak lagi dilihat. Melainkan apek menjual aiskrim yang menunggang motosikalnya, tidak lagi kelihatan peniaga yang menjual barangannya di atas motosikal.

Namun kalau kita ke beberapa bandar lain, keadaan serupa masih dapat dilihat. Tidak perlu pergi jauh.

Kita ke seberang tambak seperti Pasar Larkin di Johor serta di Kuala Lumpur. Di sana masih ada peniaga ikan dan sayur-sayuran yang menggunakan motosikal.

Di Kemboja, ada peniaga air batu bermotosikal, peniaga air tebu bermotosikal, penjual binatang ternakan dan sayur yang bergerak menggunakan motosikal keliling kampung. Pelik juga menyaksikannya tetapi itulah hakikatnya. Motosikal amat berguna dan boleh diubah suai mengikut kemahuan pemilik motosikal yang berjiwa peniaga.

Bukan setakat gerai bergerak, motosikal kini diubah suai menjadi beca. Kalau dahulu beca menggunakan basikal dan perlu dikayuh, kini pemilik beca motor santai memandu becanya tanpa keringat.

Di Kemboja, Thailand dan Indonesia, kebanyakan beca menggunakan motosikal dan bukan lagi basikal.

Kesimpulannya, kemudahan teknologi telah mencipta motosikal bukan hanya setakat menjadi pengangkutan manusia tetapi juga berguna sebagai kemudahan 'cari makan' para pemilik motosikal.
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
Motosikal 'cari makanan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Topic cari kawan
» CDC lancar inisiatif mudahkan penduduk cari kerja
» Cara buat duit dan cari duit di internet
» Cara buat duit dan cari duit di internet

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Dengar-dengar-
Jump to: