Informasi Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Informasi Forum

Kelebihan berforum ini ada banyak faedahnya jika anda mengetahuinya, di-antara salah satunya untuk kita berkomunikasi sesama sendiri dan bertanya masaalah yang kita hadapi di-internet,mencari kawan,berkongsi pengalaman dan berbagai lagi...
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
Do you want to make real money? join our affiliate marketing now and earn alot of >>$$$$..... send your name and email to here azroy@asia.com for more information
Welcome visitor
Flag Counter
Net KL Free domain
Earn extra income
Free exchange link


 

 MENCARI KITAB GEMALA SAKTI

Go down 
AuthorMessage
admin
Admin



Posts : 126
Join date : 24/06/2009

MENCARI KITAB GEMALA SAKTI Empty
PostSubject: MENCARI KITAB GEMALA SAKTI   MENCARI KITAB GEMALA SAKTI EmptySun Jun 28, 2009 6:14 am

BAGAIMANA kalau ada mesin yang boleh membawa manusia menembusi zaman-zaman tertentu?

H.G. Wells dalam The Time Machine (1895) telah mendahului ramai penulis dalam mengemukakan konsep ini. Sejak itu, pelbagai karya turut membawa pembaca ke pelbagai jenis penerokaan, baik yang silam, masa depan, di dalam dan luar bumi melalui semacam mesin waktu.

Nisah Haron membawa kita ke suatu zaman silam di Nusantara dalam novel Tawarikh Cinta ini.

Di negara Ujana Madani (ujana bererti 'taman' dan madani pula bermaksud 'maju' dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan), rajanya tiba-tiba mangkat dan meninggalkan dua orang anak, Putera Jauhari Firus dan Puteri Cempaka Wilis, yang masih muda.

Negara yang pernah gemilang ini diserabuti oleh percakaran para pembesarnya, rakyat yang dilekakan kesenangan dan ancaman dari luar negara.

Dalam keadaan ini, kedua-dua orang anak raja ini serta Wazir Syamsul Azmi, mendapat beberapa mimpi yang lebih kurang sama; mereka bermimpi bertemu dengan Ratu Hassanatul Ridhwan Tempawan Kesuma, moyang kepada kedua-dua anak raja ini, yang pernah memerintah negara Ujana Madani yang gemilang.

Dalam mimpi tersebut, Ratu Hassanatul mengingatkan mereka untuk mencari Kitab Gemala Sakti yang asli; kitab yang menjadi lambang perpaduan dan keutuhan Ujana Madani. Mereka juga diingatkan agar menjaga kepentingan Ujana Madani.

NADIM

Kitab Gemala Sakti yang asli mengandungi pelbagai pengajaran dan iktibar. Bagaimana mencari kitab ini? Ratu Hassanul memberitahu bahawa hanya seorang yang cendekia, dari bumi Temasik, Nadim, boleh mendapatkannya.

Tetapi Nadim hidup pada zaman yang berbeza daripada zaman Putera Jauhari dan Puteri Cempaka Wilis, dan telah mati pada zaman Singapura silam. Putera Jauhari, bersama dua sateria pengiringnya telah dilatih Wazir Syamsul Azmi cara-cara untuk menembusi ke sesuatu zaman melalui 'gapura masa' (gapura bererti 'pintu gerbang istana').

Kita ditemukan dengan Nadim dan bagaimana dia menyelamatkan Singapura daripada serangan todak, tetapi dihukum bunuh kerana itu. Nadim bukan sahaja digambarkan sebagai budak yang bijak tetapi juga berilmu agama yang tinggi serta berjuraikan keturunan Harun Al-Rasyid, sultan pada zaman Abassiyah.

Walaupun dia hidup miskin dan telah kematian bapa, Nadim tidak dibelenggu oleh keadaannya. Ketika dalam penjara, Nadim bertemu dengan jelmaan Tun Jana Khatib, orang alim yang dibunuh oleh raja Singapura, yang menasihatkannya.

Dan ketika Nadim hampir ditenggelamkan di perairan Singapura, Putera Jauhari menyelamatkannya dan membawanya ke Ujana Madani.

Di Ujana Madanilah Nadim diberitahu apa yang diperlukan daripadanya iaitu mendapatkan Kitab Gemala Sakti yang asli, mendidik sekumpulan belia agar menjadi cendekia sebenar dan sateria serta mengembangkan ilmu di negara itu.

Seperti cerita-cerita Harry Porter, Nisah Haron juga memasukkan sedikit unsur sakti apabila Nadim dapat membaca tulisan Kitab Gemala Sakti salinan yang ditulis dalam bahasa-bahasa silam.

Nadim kemudian bersama Putera Jauhari, balik semula ke Singapura silam melalui 'gapura masa'. Mereka tiba ketika Dang Anum dibunuh dan Majapahit sedang menyerang Singapura. Dalam huru-hara itu, mereka masuk ke istana Singapura dan membawa balik Kitab Gemala Sakti yang asli ke Ujana Madani.

Ujana Madani pula dikecohkan oleh pemangku raja Danawa Petala II yang mahu menghancurkannya. Muslihat itu dapat dipatahkan dan Ujana Madani terselamat, tetapi untuk kekal bertamadun tinggi, golongan belia khususnya dan rakyat umumnya, haruslah menghargai ilmu dan agama.

KESIMPULAN

Buku ini akan membuat kita memikirkan kemungkinan sejarah: bagaimana kalau Nadim tidak dibunuh pada zaman kerajaan Singapura silam? Akan berubahkah laluan sejarah beberapa negara di rantau ini? Bagaimana kalau sejak dahulu anak muda di rantau ini tidak dilekakan keadaan dan para pembesar negara tidak mudah 'diemasi'?

Terdapat dua kesilapan kecil dalam novel ini: nama Singapura silam disebut 'Temasik' pada hal kita tahu cerita-cerita Nadim, Tun Jana Khatib dan Dang Anum berlaku di Singapura setelah namanya ditukar daripada nama Temasik.

Dan Dang Anum, anak seorang bendahari (menteri kewangan) dikatakan sebagai dayang istana, padahal itu bukan tugasnya. Namun, beberapa perkara mengenai bahasa zaman silam, cara hidup mereka, jenis-jenis perahu, pokok pisang, ilmu agama dan sebagainya juga diketengahkan Nisah Haron, yang menunjukkan kefahaman dan kajiannya yang baik.

Tawarikh Cinta bukanlah sebuah kisah cinta di antara lelaki dan perempuan, tetapi suatu rakaman usaha untuk menghidupkan konsep cintakan ilmu, kebenaran dan bakti dalam kehidupan.

Novel setebal 265 halaman ini telah memenangi hadiah kedua dalam Pertandingan Novel Remaja anjuran Utusan Publications.



bounce
Back to top Go down
http://easywebsdesign4u.yolasite.com/
 
MENCARI KITAB GEMALA SAKTI
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Informasi Forum :: Sejarah-
Jump to: